HERO YANG TIDAK DIDENDANGKAN

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh , Salam Kebajikan dan Salam Ramadan

Syukur Alhamdulillah, hari ini kita telah masuk 11 Ramadan 1440H bersamaan kita semua telah berpuasa selama 11 hari. Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah di atas kurniaNYA kita masih diizinkan bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Semoga Allah mengizinkan kita juga bertemu Ramadan di tahun-tahun hadapan.

Mesti ada yang bertanya-tanya apa tujuan gambar di atas? Pembantu Perawat Kesihatan (PPK) adalah salah satu perjawatan yang wujud di institusi milik JKM. Di TSHKKB PPK adalah penjaga kepada penghuni kami. Penghuni TSHKKB adalah merupakan OKU Masalah Pembelajaran dan terlantar dan tidak boleh dipulihkan berusia 16 tahun ke atas. ada dua cara kemasukan ke institusi ini iaitu melalui Perintah Mahkamah bagi kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun dan cara yang kedua ialah melalui Kelulusan Ketua Pengarah JKM yang mana kedua-duanya tidak melebihi 3 tahun.

PPK adalah mereka yang sangat penting dalam operasi sesebuah institusi terutama di TSHKKB. Mereka adalah “Front Liner” di sini. Suka atau tidak kita boleh menafikan peranan penting mereka dalam memastikan penghuni di sini mendapat penjagaan yang terbaik. Mereka melakukan urusan penjagaan penghuni dari A – Z, seperti memandikan, membersih najis (mencibok), menukar lampin, memakaikan pakaian, memotong kuku tangan dan kaki, menyisir rambut, dan membedakkan mereka. bukan setakat itu, PPK jugalah yang menyuapkan makanan dan minuman kepada penghuni. bagi penghuni yang memerlukan penjagaan khusus seperti minum susu khas melalui tiub mereka jugalah yang melakukan setelah diberi latihan oleh jururawat terlaltih. Mereka bekerja mengikut tiga pusingan shift iaitu pagi, petang dan malam. Di saat ini memandangkan kami kekurangan PPK, mereka yang ada ini melakukan pekerjaan dua waktu bertugas bagi menampung kekosongan waran yang belum diisi. Penatkan? Memang penat, sudahlah PPK sedia ada kebanyakkan telah berusia dan perlu menguruskan penghuni yang berat badan sekitar 40kg hingga purata 100kg seorang.

Selain dari itu, PPK bertugas juga melakukan kerja-kerja “house keeping” seperti mencuci lantai, tandas, mendobi pakaian dan cadar serta sarung bantal, melipat dan menyusun serta menyimpan pakaian penghuni. Tidak sekadar itu mereka juga bertindak mengiringi penghuni ke hospital atau aktiviti luar institusi yang dijalankan. PPK ini bertindak sebagai ibu/bapa/abang/kakak ganti kepada penghuni di sini. Hubungan penghuni dengan PPK sangat rapat dan mesra.

Outing Ke Zoo Negara Pada 24 April 2019

Jarang kira berbicara atau mengwar-warkan peranan mereka. Masyarakat luar tidak kenal dan tahu pengorbanan mereka kerana kita tidak memberitahu kepada dunia luar. Mereka seakan terkepung dalam dunia mereka sendiri bertahun-tahun lamanya sehingga ada di antara mereka merasakan seperti pengorbanan dan kewujudan mereka tidak wujud. Selalunya kita cepat melenting bila lihat mereka sedang duduk santai tanpa mengetahui bahawa mereka baru sahaja duduk sebentar bagi melepaskan lelah setelah melakukan pekerjaan yang kebanyakkan kita tidak sanggup lakukan. Kita baru menjaga dan menguruskan seorang ibu/bapa yang uzur pun merungut, mereka ini mengurus dan menjaga penghuni purata 18 orang bagi seorang PPK. Terkejut? Ya, itulah hahkikat yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh masyarakat luar, hatta orang JKM yang tidak bertugas di sini pun tidak mengetahui situasi di sini.

Mereka juga manusia biasa, sebab itu saya sangat menyayangi mereka. Mereka adalah tulang belakang saya dalam memastikan penghuni mendapat penjagaan yang sewajarnya dan terbaik. Mereka penat, lelah dan sedih, tapi kita nafikan. Mereka akhirnya menjadi pendiam dan enggan lagi berkongsi rasa. Mereka pasrah dan redha, kerana sebelum ini mereka sudah puas meluahkan tetapi tiada yang mendengar. Kini mereka hanya bekerja tanpa jiwa. Bekerja kerana itulah rutin mereka setiap hari sejak bertahun-tahun. Purata mereka telah berkhidmat di sini lebih dari 10 tahun. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak kita lebih menghargai jasa mereka dan memberi penghargaan yang setimpal. Jenguklah mereka, dan selami perasaan mereka. Jangan hanya Toch and Go. Bila datang menjenguk penghuni, sambil-sambil itu tanyalah khabar mereka.

#tamansinarharapankkb #tamansyurgadidunia #institusioku #pwdinstitution #JKMM #catatanketuainstitusi #caregiver

KAJIAN KES

Assalamualaikum wbth dan Salam Sejahtera,

Melalui video ini saya ada menerangkan secara ringkas proses kerja apa bila menerima kemasukan penghuni baru di TSH KKB. Saya akan menyemak dahulu dan meneliti maklumat yang ada sebelum menyerahkan fail kepada PEKERJA KES.

Proses ini sangat penting bagi memastikan kita mendapatkan gambaran awal kes dan mengenal pasti isu/permasalahan, kebolehan/kemampuan klien dan seterusnya membantu PEKERJA KES untuk tindakan selanjutnya.

Saya memohon maaf atas kekurangan dan jika ada sebarang kesilapan boleh terus email atau dm saya untuk tindakan pembetulan. Sesungguhnya saya masih dalam kembara mencari ilmu dan niat untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan izin Allah SWT.

#socialwork #KerjaSosial #SocialWorker #PekerjaSosial #CaseWork #KerjaKes #StudyCase #KajianKes

SAKIT ITU UJIAN

Sakit itu ujian

Benar bila Allah nak tegur kita, DIA hantar sedikit ujian, bukan sebab DIA benci tapi sayang. Pernah seseorang satu ketika dahulu berkata;-

” Ada satu tahun nanti kamu akan diuji dengan kesakitan”.

Saya hanya ketawa dan menganggap cakapnya itu sebagai mengarut. Namun rupanya tahun 2020 ini benar-benar menjadi tahun ujian kesihatan saya paling kritikal. Teruskan tersenyum bukan tidak percaya tapi saya kembali kepada kepercayaan saya bahawa semua ini ujian dan kasih sayang dari Allah S.W.T. Alhamdulillah, fikiran saya masih waras, cuma Allah tarik sedikit khudrat saya sahaja.

Teruskan tersenyum kerana bukan semua orang bertuah diuji. Teruskan tersenyum kerana ketika ini kau akan mengenali hati budi orang disekeliling kita . Teruskan tersenyum kerana ketika ini kau dapat menilai sejauh mana mereka jujur. Teruskan tersenyum, kerana dengan senyum ia akan menjadi penawar kepada kesakitan. Teruskanlah tersenyum….

ASSALAMUALAIKUM WBTH DAN SALAM HORMAT

UPSR 2019

Bismillah

Hari ini hari yang sangat mendebarkan buat anak-anak yang lahir pada tahun 2007. Ya, keputusan UPSR akan diumumkan secara rasmi kurang dari dua jam ketika tulisan ini ditulis. Ada rerama yang berterbangan dan membuatkan Perut ibubapa rasa senak. Saya yakin ramai ibubapa turut tidak boleh tidur lena 😔. Guru-guru juga, mereka lebih berdebar-debar menanti keputusan. Keputusan ini menentukan apakah apa yang mereka ajar sepanjang anak-anak kita Bersama-sama mereka berkesan atau tidak.

Debaran saya alami sekarang terasa sangat membebankan. Kenapa? Ya, Sebab Nur Hanisah merupakan anak sulong. Perasaan sangat gelisah dan berdebar-debar. Puas saya memujuk hati agar bertenang.

Saya menulis pun sebab mahu mengurangkan tekanan ini. Saya sedang memujuk hati saya sendiri agar redho dengan apa juga keputusan beliau nanti. Baik kita raikan, tak bagus pun mama wajib raikan. Masih jauh perjalanan dia. Namun, saya masih yakin bahawa Hanisah mampu membuat kejutan kepada saya hari ini sebagaimana sebelum ini. Disaat saya putus asa anak ini sering beri kejutan, ya itulah keyakinan saya. Semoga semua anak-anak kita beri kejutan yang kita harapkan.

Apa-apa pun mama harus bertenang. Redho. Jangan obses dengan berapa A. Mama sendiri pun bukan bijak sangatkan? Teruskan berdoa.

Hanisah, apa sahaja keputusan yang diterima hari ini mama pasrah. Mama tahu sejauh mana awak telah berusaha. Perjalanan awak masih terlalu jauh lagi. Mama tahu di atas bahu awak ada bebanan sebagai anak sulong dan cucu sulong. Mama, sendiri anak sulong dan cucu sulong. Harapan menggunung di atas bahu awak. Mama tahu awak tidak bersedia memikul beban itu lagi. Awak masih anak manja yang perlu ditegur, diberi tunjuk ajar, bimbingan , dan dibelai. Mama kekurangan itu dahulu, dan sudah pasti mama tidak akan kurangkan sedikit pun terhadap awak. Dua hari lepas awak baru sahaja menginjak usia 12 tahun. Pantas sungguh awak membesar dan kini menjadi anak gadis yang cantik rupa, tapi mama harapkan akhlak awak secantik wajah awak. Jangan kecewakan mama dengan akhlak yang buruk. Banggakan mama dengan akhlak yang baik dan terpuji. Awak tak cemerlang dalam pelajaran mama boleh terima tetapi mama tidak boleh terima jika akhlak awak teruk. Doa mama semoga kejayaan mengiringi Hanisah dunia dan akhirat. Lakukan sesuatu kerana Allah. Dahulukan Allah dalam setiap langkah atau perbuatan, in shaa Allah pasti Hanisah akan berjaya dan diredhai. Doa dan restu mama sentiasa mengiringimu. Sannah helwah and all the best for your UPSR 2019.

Kejutan sempena Hari Jadi Nur Hanisah ke 12 tahun

Buat Ibu bapa di luar sana yang sama-sama sedang berdebar menanti keputusan diumumkan, pandang lah wajah anak-anak kita dalam-dalam. Iringkan doa buat mereka dan redho. Peluk mereka apa juga keputusan nanti. Semoga anak-anak kita terus bermotivasi di masa hadapan.

Good luck buat semua anak-anak. Semoga kalian menjadi insan berguna di dunia dan akhirat. Aamiin

PECUTAN RAMADAN TERAKHIR

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh

Hari ini Ramadan hari ke 19. Bersediakah kita? Ramadan semakin meninggalkan kita 😢. Kita telah mula memasuki fasa terakhir dan kita tak boleh tunggu dan lihat Ramadan meninggalkan kita tanpa apa-apa. Hati ini cemburu melihat mereka-mereka yang berlumba-lumba mengejar RAHMAT yang bertandang setahun sekali ini. Entah kenapa Ramadan tahun ini seperti tidak betah duduk lama, ia seakan tidak sabar ingin berlalu. Ya Allah, ampunilah hamba MU ini. Aku masih lalai dan alpa, aku masih asyik dengan duniawi dan aku masih tunggu dan lihat tanpa bertindak.

JOM KITA PECUT DI 10 RAMADAN TERAKHIR INI. SEMOGA ADA SESUATU UNTUK KITA DAN DOA-DOA KITA DIMAKBULKAN ALLAH SWT.

RAYA, RAYA …HOREHHHH

Syukur ke hadrat Allah, tahun ini sekali lagi saya memberikan kebenaran penghuni TSHKKB yang tidak terlantar keluar memilih dan membeli pakaian hari raya mereka. Ramai yang bertanya, kenapa saya buat begini? sebelum ini pentadbiran yang tentukan warna, rekaan dan yang pasti seragam.

Nama pun Hari Raya. Sudah pasti mereka juga ada perasaan untuk bergaya dan bergembira di hari raya. Saya beri kelonggaran kepada Pegawai Kes yang mengendalikan penghuni menentukan warga, rekaan dan gaya yang mereka ingin lihat anak-anak jagaan (pegawai kes ialah ibu, bapa, abang/kakak kepada penghuni) sarung di hari raya. Di sinilah kreativiti pegawai kes dalam menguruskan penghuni dalam kawalan , semua ada tema warna untuk klien mereka. Layan klien seperti ahli keluarga sendiri yang ada pelbagai karenah dan gaya mereka.

Lihat sahaja gambar-gambar sekitar program “Jom Shopping Raya 2019” yang telah selesai dilaksanakan pada 21 hb Mei 2019 di Pasaraya Pakaian Hari-Hari Cawangan Batang Kali. Terima kasih dari saya selaku pengetua kepada semua kakitangan yang membantu tugasan ini. Tidak dilupakan kepada pengurusan Pasaraya HAri-Hari Batang Kali kerana sanggup menerima kehadiran keluarga besar saya ini membeli belah.

wahhh…seronoknya
Ehh…salah saiz pulak..hehe
Cantik Tak… saya suka yang ini
Seluar ok tak ni??? Timbalan Pengetua pun ikut sama membeli belah..hehe
mak-mak dah pening nak pilih baju untuk anak-anak syurga 🙂
Siapa lagi yang belum beli ni??? Semak cepat…hehe

RAMADAN 1440H/2019

Alhamdulillah, Ramadan kembali. Hari ini merupakan hari ke 18 kita berpuasa. Seronok dan syukur kerana Allah beri peluang kepada kita untuk bersama-samaNYA dalam bulan yang penuh kemuliaan ini. Alhamdulillah.

Rutin macam biasa cuma saya perlahankan sedikit dan beri tumpuan kepada perkara-perkara yang memerlukan tindakan khusus.

Aktiviti warga Taman Sinar Harapan Kuala Kubu berlangsung seperti biasa. Namun beberapa aktiviti sempena Ramadan sedikit sebanyak memberikan senyuman kepada mereka. Ada dua program berbuka puasa yang mereka hadiri anjuran Ahli Lembaga Pelawat TSHKKB di Dataran Kayangan Shah Alam pada 14/5/2019 disertai seramai 15 orang penghuni dan 15 orang kakitangan.

Yeah..berbuka puasa di Shah Alam

Seterusnya pada 16/5/2019 Program Impak oleh Akademi Golf telah diadakan di sini dan peserta berbuka di sini. alhamdulillah, terima kasih dari kami. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Berikutnya pada 19/5/2019 seramai 12 orang penghuni dan 13 orang kakitangan TSHKKB telah diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini. Rezeki mereka, syukur Alhamdulillah. Majlis telah diadakan di Shah Alam.

Alhamdulillah, rezeki warga syurga kami. Walaupun tidak semeriah institusi lain, namun yang sedikit ini pun telah memberikan senyuman yang sungguh bermakna kepada mereka. Persiapan baju raya???? In shaa Allah akan saya kongsikan dalam post akan datang 🙂

SEMANGAT HARI BARU

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana kita masih dihidupkan pagi ini. Masih berpeluang menghirup udara milik Allah, masih mampu bangun sujud kepada Allah.. nikmat apa lagi yang mahu ku dustai. Terima kasih Ya Allah, kerana Kau masih beri peluang kepada aku bertaubat dari segala dosa-dosaku. Terima kasih kerana memberi peluang kepadaku bersujud padaMu. Alhamdulillah,

SELAMAT DATANG 2019

Kurang dari empat jam dari sekarang kalendar kehidupan kita akan berubah, benar sebagai seorang muslim kalendar ikutan kita ialah kalendar Hijrah, namun tidak boleh dinafikan sebelum kedatangan kalendar hijrah kita berpandu kepada kalendar Tahun Masehi. Bukanlah menjadi satu kesalahan jika kita mahu meraikan sambutan tahun baru asalkan jangan berlebih-lebihan, cukup sekadar bersederhana.

Sebelum itu saya nak bertanya ibu dan bapa sekalian, di manakah anak-anak remaja kita berada sekarang?. Di rumahkah atau berada di luar rumah bersama-sama rakan mereka. Adakah kita kenal siapa rakan-rakan anak kita? Lokasi sambutan? Aktiviti yang mereka lakukan? Sukarkan untuk mengawal anak-anak zaman sekarang. Saya juga ada anak gadis yang sedang menginjak usia remaja. Syukur Alhamdulillah memandangkan saya dahulu tidak dibesarkan dengan budaya sambutan malam tahun baru maka sampai sekarang saya masih seperti dahulu. Malam tahun baru bagi kami sekeluarga lebih seronok berada di rumah. Tepat jam 10 malam, kami sekeluarga telah lena diulit mimpi. Anak-anak setakat ini tak berapa kisah berada di rumah sahaja. Sewaktu buat coretan ini pun, mata saya sudah mula layu…haha, ini yang dinamakan tidur setahun..tidur pada 2018 dan bangun pada 2019 😂.

2019 membawa makna dan harapan yang cukup besar kepada saya. Tahun ini merupakan tahun menguji keupayaan saya yang sebenar. Tahun inilah saya dapat memainkan peranan saya yang sebenar sebagai seorang ketua di sebuah organisasi. Mempunyai 110 orang anak kakitangan di bawah seliaan memberi cabaran yang sangat hebat kepada saya, memandangkan mereka terdiri dari mereka yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, sosial, agama dan budaya. Perbezaan inilah yang membentuk keunikan dalam mengendalikan mereka agar tiada yang rasa terpinggir dan dinafikan hak mereka, pada masa yang sama mereka menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Bertuahnya kami ialah selain mendapat upah hasil dari pekerjaan kami, pahala juga terbentang luas andai kami benar-benar mencintai pekerjaan kami kerana penghuni yang kami uruskan di sini adalah bakal penghuni syurga, nasib kami tiada pasti lagi, namun semoga mereka ini dapat menyelamatkan kami di padang Mahsyar nanti dari terhumban ke dalam neraka.

Tahun ini juga merupakan pentingnya saya sebagai ibu memberi tumpuan kepada anak sulong saya kerana beliau bakal menghadapi dua peperiksaan besar iaitu UPSR dan PSRA. Berdasarkan keputusan UPKK 2018 beliau, saya yakin Hanisah mampu meraih keputusan yang lebih baik pada PSRA nanti. Cuma apa yang sedikit merisaukan saya ialah UPSR. Di sinilah peranan saya dalam membantu beliau melakukan persediaan dari awal tahun secara konsisten. In shaa Allah doakan saya dan Hanisah.

Itulah beberapa perkara yang menjadi tumpuan utama saya bagi tahun 2019, semoga Allah bimbing dan bantu saya. Aamiin.

Assslamualzikum wbth…dan selamat malam.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019, SEMOGA IA MENJADI TAHUN YANG LEBIH BAIK DARI 2018. IN SHAA ALLAH

AIR MATA SISULONG

Bab 2

“Menantu kamu ni bagi anak kamu makan benda kotor ni… kuku, rambut, air kencing….” bicara sibomoh dengan yakin. Aku macam nak percaya tak percaya dengar.

“Betullah gerak hati saya wak, patutlah anak saya sekarang ni lain macam aja” emak pandang aku. ” kan aku dah cakap, kamu tak percaya” aku yang sedang bingung ketika itu makin bingung. Aku tunduk tak tahu nak percaya atau tak.

Tolonglah adik kamu, takkan kamu nak tengok adik kamu siksa macam tu?” Sekali lagi aku jadi macam orang bodoh angguk aja apa yang mak cakap. Dah kenapa dengan aku ni????

Ya, itulah permulaan kisah sedih keluarga kami. BOMOH, bila mak mula mempercayai fitnah dari bomoh, bomoh melayu, orang asli pun ada. Ada yang menurun tak menurun. Bukan seorang, ramai , nak dijadikan cerita semua cerita yang sama, adik disihir oleh suami dia sendiri.

Mula-mula aku terpengaruh dan percaya sehingga aku sendiri jadi pemandu mak bawa dia ke mana saja dia nak pergi. Masa ni mak rapat sangat dengan aku, aku gembira sangat sebab aku berpeluang bermanja-manja dengan mak, Allah hu Akhbar jika sebelum ini aku sering disisih kini aku sering disamping mak. Aku kurang ambil pusing pasal adik, apa yang aku fokuskan ialah aku dapat bersama-sama mak, kejam ker aku?